Langkau ke kandungan utama

Korang Diberhentikan Kerja Tanpa Sebab? Buat Aduan Dan Bos Korang Akan Diambil Tindakan…

Majikan dilarang untuk menamatkan perkhidmatan pekerja secara tiba-tiba dan jika gagal mematuhi peraturan tersebut, majikan boleh didenda sehingga RM10,000.

Di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) menyebut bahawa mana-mana pekerja yang diberhentikan oleh majikan dibenarkan untuk menuntut hak-hak tertentu.

Tindakan majikan yang sewenang-wenangnya memberhentikan pekerja jelas sekali telah melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, setiap pekerja mendapat perlindungan asas daripada dibuang kerja secara tiba-tiba. Antara perlindungan asas yang diberikan adalah seperti tempoh notis dan bayaran gaji.

“Majikan hendaklah memberikan tempoh notis atau membayar gaji ganti notis mencukupi mengikut kontrak perkhidmatan, namun tidak kurang daripada yang ditetapkan di bawah seksyen 12 (2) Akta Kerja”.

“Majikan juga diwajibkan membayar faedah pemberhentian kerja mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak boleh kurang dari kadar yang ditetapkan dalam peraturan kerja, faedah penamatan dan henti kerja sementara 1980,” jelas beliau lagi.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan oleh Dr. Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai kebimbangan terdapat banyak kes pemberhentian pekerja oleh majikan sejak kebelakangan ini.

Di samping itu juga, majikan adalah dilarang untuk memberhentikan pekerja tempatan dan menggantikan kekosongan pekerjaan itu dengan mengupah pekerja asing.

“Di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265), seksyen 60 menetapkan tiada majikan boleh sewenang-wenangnya menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan untuk mengambil pekerja asing”.

Menurut beliau, jika majikan harus memberhentikan pekerja, majikan perlu berhentikan pekerja asing terlebih dahulu. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pihak majikan disabitkan denda tidak melebihi RM10,000.

Berikutan itu, pekerja yang diberhentikan oleh majikan boleh menuntut faedah kewangan dengan melaporkan tuntutan yang mahu dibuat di mana-mana cawangan Pejabat Tenaga Kerja.

Sumber : EraBaru.com.my

—————————————————————————————————————————————

BONUS : LAGI KISAH KERJAYA YANG VIRAL UNTUK KORANG!!!

Inilah 20 Kerjaya Di Malaysia Dengan Pendapatan Tinggi Tanpa Perlu Ijazah.

Rasanya majoriti rakyat Malaysia selalu dimomokkan dengan ayat ini sejak kecil, “belajar rajin-rajin… biar dapat masuk universiti (lulusan ijazah) barulah boleh hidup senang (gaji tinggi)”.

Ya, kami bukan tidak bersetuju dengan ayat ini. Memang betul, dengan ilmu atau sekeping ijazah boleh membuatkan seseorang mendapatkan kerja yang bagus dengan pendapatan yang lumayan. Itu mungkin ada betulnya juga.

Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin agak tidak adil jika kita berkata orang yang tiada ijazah tidak boleh mendapat pekerjaan yang bagus dan pendapatan yang tinggi. Rezeki Allah itu luas. Siapa yang berusaha dia akan berjaya.

Sebenarnya, tanpa ada kelulusan ijazah seseorang itu juga mampu berjaya mendapatkan masa depan yang cerah. Kelulusan ijazah dari universiti bukanlah ukuran bagi seseorang itu mendapatkan pekerjaan yang tinggi dan lumayan gajinya.

Bagi anda yang mempunyai kelulusan setakat SPM sahaja, tidak perlu dirisaukan lagi. Sebenarnya, pekerjaan dengan gaji lumayan yang ada diluar sana, bukanlah semata-mata untuk mereka yang berkelulusan tinggi. Terdapat banyak peluang-peluang pekerjaan yang boleh kita ceburi dan terokai.

Berikut adalah 20 pekerjaan (kerjaya) yang boleh memberikan pendapatan (gaji) yang paling tinggi dan lumayan tanpa sebarang kelulusan ijazah.Kerjaya Dengan Pendapatan Tinggi Tanpa Perlu Ijazah

1. JURUTERBANG

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar, kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda bergelar seorang juruterbang bertauliah hampir mencecah ratusan ribu ringgit. Namun, kerjaya ini menjanjikan pulangan yang amat lumayan apabila mereka bakal memperoleh gaji pendapatan paling tinggi.

2. AGEN INSURANS

Untuk bergelar agen insurans tidak perlu lulusan ijazah, kerana mereka perlu lulus satu ujian berkaitan. Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Kurnia Insurans Berhad, Etiqa Takaful Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad dan lain-lain, antara syarikat yang cukup dikenali yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Ramai di antara mereka yang menceburi bidang ini telah bergelar jutawan.

3. PENASIHAT KEWANGAN

Penasihat kewangan, yang juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ adalah individu yang bertanggungjawab mengurus dan memberi khidmat nasihat tentang pelaburan kewangan kepada pelanggan atau majikannya. Biasanya, khidmat ini ditawarkan daripada mana-mana institusi kewangan dan perbankan.

4. AGEN HARTANAH

Agen hartanah (property agent) juga tersenarai dalam kerjaya yang mendatangkan pendapatan yang tinggi (tidak dinafikan). Setiap agen hartanah profesional hanya perlu mengikuti satu pensijilan tanpa memerlukan kelulusan ijazah. Pendapatan agen hartanah sangat lumayan, hasil urus niaga harga hartanah yang berjaya dijual. Pulangannya dianggarkan mencecah untung hingga 5-6 angka.

Seterusnya, seseorang itu juga mampu menjana pendapatan yang lumayan jika meminati dan menceburi bidang ‘Oil and Gas’ seperti mana yang disediakan oleh Petronas, MMHE, Talisman Energy dan Schlumberger. Bagi menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, mereka perlu menjalani khusus serta lulus mendapatkan sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia), DOSH dan juga CSWIP. Sijil yang dikeluarkan CSWIP ini bukan sahaja untuk sah di Malaysia, bahkan juga mempunyai kelebihan apabila diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Rig Operator / Operator Pelantar Minyak telah menjanjikan pendapatan gaji yang tinggi.

Biarpun Kerjaya dalam bidang ‘Oil and Gas’ menjanjikan tawaran gaji yang tinggi, namun, harus diingat bahawa pekerjaan ini terdedah pelbagai risiko.

5. WELDING INSPECTOR

 

6. WELDING QC Co-ordinator

 

7. PLANT INSPECTOR

 

8. OFFSHORE INSPECTION

 

9. NON-DESTRUCTIVE TESTING

 

10. PLASTICS WELDERS

 

11. WELDER (terdapat pelbagai pengkhususan)

12. SAFETY & HEALTH OFFICER

Safety & Health Officer, ditugaskan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja mengikut Standard DOSH. (Tanggungjawab besar)

 

13. RIG OPERATOR (Operator Pelantar Minyak)

Sebagai pekerja am yang ditugaskan untuk membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Latihan dalam bekerja, untuk memperolehi kemahiran dalam bidang ‘Oil and Gas’.

 

14. WIREMAN

Kerjaya dalam tugasan pemasangan dan pengujian eletrik di sesebuah tapak. Wireman terbahagi kepada beberapa peringkat, yang seperti mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa bagi kawasa kediaman atau komersil.

 

15. CHARGEMAN

Menggalas tugasan kerja dalam pengendalian sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah.

 

16. RoHS OFFICER

RoHs atau ‘Restriction Of Hazardous Substances Directive’ adalah ditugaskan untuk menapis, memeriksa atau menyekat penggunaan bahan berbahaya dalam peralatan elektrik dan eletronik. Memiliki kuasa dalam pengesahan barangan elektrik dan eletronik mengikuti Standard RoHS. Khidmat pengawai RoHS di malaysia, sangat ditagihi syarikat pembuatan barangan seperti ini pada peringkat antarabangsa. Untuk menjadi pengawai RoHS, mereka tidak perlu lulusan tinggi (Ijazah), sebaliknya perlu menduduki kursus pensijilan yang disediakan oleh beberapa agensi.

17. BLOGGER

Memang tidak dinafikan, kerjaya sebagai seorang blogger mampu memperoleh pendapatan (gaji) yang amat lumayan dan tinggi. Menjadi seorang blogger itu, sememangnya tidak memerlukan sebarang kelulusan kerana dia adalah boss dan dia juga adalah pekerja. Lebih menguntungkan, pendapatan blogger (benar-benar berjaya & berpengaruh) boleh dikatakan mampu menyaingi pendapatan mereka yang bekerja dengan kelulusan yang tinggi.

 

Ini kerana aset paling bernilai mereka ada adalah sebuah laman web atau blog. Dengan blog itu terdapat berbagai cara untuk mereka mengaut pendapatan yang sangat-sangat menguntungkan. Antara medium utama pendapatan blogger diperoleh adalah dengan pengiklanan. Namun, pekerjaan sebagai blogger bukanlah semudah yang disangka. Blogger perlu rajin setiap hari, berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan yang paling pentingnya adalah bersabar. Setiap hasil kejayaan seorang blogger itu, memakan masa yang agak lama.

18. Peniaga Online (Dropship)
Ramai orang sangka bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan online memerlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan modal yang besar.

Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan dan pemasaran.

Anda hanya perlu mengambil order sahaja.Kerja pengeposan barang dan produk semua diurus pemilik produk.

Mudah bukan? Ramai yang sudah berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai ejen dropship.

19. Pemandu Lori
Terkejut, kan? Tanyalah sendiri abang-abang driver lori. Gaji mereka lebih daripada Engineer.

20. Keyboard Warrior (Pahlawan Papan Kekunci)
Mungkin ramai yang tidak percaya dengan hakikat ini. Dengan menjadi keyboard warrior boleh menjana pendapatan yang lumayan. Sebenarnya kerja ini telah lama wujud di Malaysia tetapi tidak didedahkan secara umum.

Tahukah anda, sebenarnya ada ahli politik yang membayar seseorang atau sekumpulan manusia untuk menjadi pahlawan papan kekunci untuk menyerang musuh politiknya atau mempertahankan ahli politiknya.

Lihatlah sahaja di ruangan komen ahli politik di Malaysia ini. Pasti ada banyak “fake account” yang sentiasa memberikan komen positif kepada pemimpin politik mereka. Sebenarnya kerja mereka ini “dibayar”, bukan percuma.

 

Jadi, bagaimana pula dengan bidang pekerjaan yang anda ceburi sekarang ini? Adakah anda berpuas hati dan selesa?

Kongsikan di sini 



http://blogkokak.com/2017/11/27/korang-diberhentikan-kerja-tanpa-sebab-buat-aduan-dan-bos-korang-akan-diambil-tindakan/