Salah satu perkara menarik yang saya belajar baru-baru ini adalah berkaitan dengan gaya pembelajaran murid yang berbeza-beza. Adalah sangat membantu guru menggunakan pendekatan yang sesuai, jika guru tahu dan dapat kenalpasti gaya pembelajaran murid yang berbeza beza tersebut. Kenali Gaya Belajar Murid Dengan Ujian VARK Secara mudahnya, gaya pembelajaran murid dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu VARK, iaitu visual, audio, reading dan kinestetik. Visual adalah gaya belajar dengan cara melihat. Audio pula gaya belajar dengn cara mendengar. Reading pula adalah gaya belajar dengan membaca. Dan kinestetik pula adalah gaya belajar dengan cara pergerakan. Empat jenis gaya pembelajaran murid Untuk mengenalpasti gaya belajar murid kita bolehlah gunakan Ujian VARK yang boleh dicapai di http://vark-learn.com/the-vark-questionnaire/ . Sangat mudah. Hanya jawab beberapa soalan yang berkaitan, dan akhirnya kita akan dapat penilaian terhadap gaya belajar kita. Sa...