Langkau ke kandungan utama

Berhati-hati buat anda yang tinggal di kawasan ini, anda berhadapan dengan risiko banjir berikutan musim tengkujuh yang bakal tiba

Pasti ramai yang tahu bahawa hujung tahun merupakan waktu-waktu yang kritikal di mana musin tengkujuh akan tiba. Bagi mereka yang tinggal di kawasan risiko banjir sudah tiba masanya untuk mempersiapkan diri dan keluarga dengan pelbagai kemungkinan yang akan terjadi- ribut, hujan lebat mahupun banjir.

G Force

Menurut NST, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca buruk dijangka berlaku di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Keadaan itu akan berterusan daripada hari Ahad (29 Oktober) hingga Khamis (2 November). Oleh itu, rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan rendah diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia akan kemungkinan banjir yang akan datang.

Twitter/@FiaHafiz

Berikut adalah senarai kawasan risiko banjir seperti yang dilaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia;

  • Perak - Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh dan Hilir Perak
  • Selangor - Gombak, Petaling Jaya, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat
  • Negeri Sembilan - Jelebu, Jempol dan Tampin
  • Johor - Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian
  • Pahang - Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin, Pekan dan Kuantan
  • Kelantan - Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah Terengganu
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya

Pelancongan di Terengganu dikatakan akan terjejas berikutan musim tengkujuh yang bakal tiba kerana pelancong tidak dapat mengakses pulau-pulau di luar pesisir pantai sehingga Mac tahun depan. Hal ini kerana keselamatan mereka boleh terjejas sepanjang musim tengkujuh.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti laut rekreasi dan sukan laut,"

Selain Terengganu, cuaca yang sama juga dijangka akan melanda pantai-pantai di Kelantan, Pahang dan Johor.

Blog

Berikutan banjir yang berlaku setiap tahun orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah keselamatan supaya tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

"Sekarang sudah keluar peringatan dari jabatan meteorologi, diharapkan agar kerajaan persekutuan dan negeri akan mengambil langkah yang sesuai untuk meminimumkan risiko dan kerosakan," tulis seorang netizen.

Jadi, bagi anda yang tinggal di kawasan-kawasan berisiko terutamanya, mulakan langkah anda sekarang. Amaran telah dikeluarkan dan tindakan proaktif harus diambil. Semoga semuanya dalam keadaan baik dan terkawal.

Era Baru

The post Berhati-hati buat anda yang tinggal di kawasan ini, anda berhadapan dengan risiko banjir berikutan musim tengkujuh yang bakal tiba appeared first on Era Baru Malaysia.



http://www.erabaru.com.my/2017/10/31/berhati-hati-buat-anda-yang-tinggal-di-kawasan-ini-anda-berhadapan-dengan-risiko-banjir-berikutan-musim-tengkujuh-yang-bakal-tiba/