Langkau ke kandungan utama

“Kerja keras saya finally yay! saya dah ada kereta sendiri” – Haqiem Rusli Beli Mitsubishi Lancer Cash

Jom SHARE Jika Berguna

Kereta itu kata Haqiem, 19, dibeli secara tunai menggunakan wang titik peluh yang dikumpulnya sedikit demi sedikit.

LEBIH setahun bergelar penyanyi, Haqiem Rusli akhirnya berjaya merealisasikan hajat untuk memiliki kereta sedan pertama yang diidamkan jenis Mitsubishi Lancer.

Kereta itu kata Haqiem, 19, dibeli secara tunai menggunakan wang titik peluh yang dikumpulnya sedikit demi sedikit.

“Alhamdulillah kereta ini dibeli hasil titik peluh saya sendiri dan dibayar secara tunai.

“Pada mulanya saya berhasrat untuk membeli kereta sedan jenis Honda City namun ibu saya menyarankan untuk membeli kereta jenis Mitsubishi Lancer,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Haqiem turut memuat naik perasaanya apabila telah memilik kereta pertama di laman Sosial Instagram miliknya.

Ruangan komen di Instagram Haqiem juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang mengucapkan tahniah atas kerja keras penyanyi itu. Ada juga yang sempat berpesan kepada Haqiem supaya segera mengambil lesen kereta.

Tambah Haqiem dia merancang untuk memulakan francais bisnes burger sendiri yang diberi nama Haqiem Burger.

Malah, Haqiem berkata dia banyak melihat ramai artis popular yang gagal menguruskan kewangan dengan baik, apabila sudah jatuh mereka hilang segalanya.

Malah, Haqiem berkata dia banyak melihat ramai artis popular yang gagal menguruskan kewangan dengan baik, apabila sudah jatuh mereka hilang segalanya.



http://infosuka.com/kerja-keras-saya-finally-yay-saya-dah-ada-kereta-sendiri-haqiem-rusli-beli-mitsubishi-lancer-cash/