Langkau ke kandungan utama

Isteri Pemuzik Bebas Gegar Vaganza Redha Dengan Takdir; Terima Pelakon Terkenal Sebagai Madu

SERATADUNIA.COM: Teka-teki akhirnya terjawab, apabila isteri pertama Uda (pemuzik bebas Gegar Vaganza) tampil untuk membuat kenyataan dan sanggup menerima Izreen Azminda sebagai madunya.

Dipetik dari portal Bahasa Malaysia The Star, mStar Online, menyiarkan kenyataan dari isteri pertama Uda, yang dikenali sebagai Intan.

Menurut kenyataan, Intan mengetahui berita ini sekitar dua minggu lepas, dan dia redha dengan takdir bahawa dia telah bermadu.

Intan (gambar besar), Izreen (gambar kecil)/Sumber: mStar Online

“Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri,” kata Intan.

“Pada mulanya saya tidak terima, namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya redha dan terima takdir yang telah ditentukan,” sambungnya.

Pasangan Uda dan Intan telah membina rumahtangga mereka sejak empat tahun lalu dan mempunyai dua orang anak, masing-masing berusia tiga tahun dan juga 11 bulan.

Sumber gambar: Google Image

Dalam pada itu, isteri pertama Uda ini menyatakan bahawa perkara ini mungkin berpunca dari kekurangannya sebagai seorang isteri.

“Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil,” katanya.

“Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami,” kata Intan lagi.

Sumber gambar: mStar Online

 

Sebelum ini, mStar Online telah melaporkan pada Rabu, pelakon Izreen Azminda dikatakan bakal berkahwin dengan seorang pemuzik dikenali sebagai R atau nama panggilannya Uda.

Dalam laporan tersebut, sumber menyatakan bahawa satu majlis doa selamat bakal dibuat oleh Izreen pada 7 Disember akan datang di Damansara Perdana, lebih kurang pukul 8 malam.

Sumber: mStar Online

The post Isteri Pemuzik Bebas Gegar Vaganza Redha Dengan Takdir; Terima Pelakon Terkenal Sebagai Madu appeared first on Serata Dunia.



http://www.seratadunia.com/selebriti/isteri-pemuzik-bebas-gegar-vaganza-redha-dengan-takdir-terima-pelakon-terkenal-sebagai-madu/