Langkau ke kandungan utama

Gara-Gara Biarkan Bayi Mengigit Botol Susu Ketika Tidur, Kesemua Giginya Rosak Dan Terpaksa Dicabut!!

Karies botol susu terjadi apabila bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur ketika sedang menghisap susu atau air manisan daripada botol susu.

Cecair yang tidak dibersihkan daripada dalam mulut bayi ini akan menyelaputi gigi dan menyebabkan kerosakan pada gigi.

Gigi yang sering kali menjadi mangsa ialah gigi susu hadapan atas.

Rata-rata ibu bapa tidak kisah dan tidak mengendahkan perkara seperti ini dan membiarkan sahaja gigi susu ini rosak, dengan alasan boleh diganti dengan gigi kekal.

Tidakkah ibu bapa kasihan anak-anak menangis kerana sakit gigi dan bengkak pada gusinya?

Tidakkah ibu bapa kasihan melihat anak-anak tidak ada gigi untuk makan dan bertutur dengan baik?

Tidakkah ibu bapa kasihan pada anak yang menangis pada tengah malam kerana sakit gigi?

Apakah langkah terbaik dari ibu bapa untuk mengatasi masalah ini?

1. Jangan biarkan bayi anda tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan.

2. Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu yang tinggal.

3. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan bayi minum menggunakan cawan atau sudu seawal usianya 6 bulan.

4. Bilas mulut bayi anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu.

5. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda.

6. Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak berusia di bawah 6 tahun.

7. Bawa anak untuk pemeriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan.

Kasihan apabila tengok budak kecil yang tak tahu apa-apa sudah rosak giginya.

Kredit IqbalRosali



http://infopanas.net/kesihatan/gara-gara-biarkan-bayi-mengigit-botol-susu-ketika-tidur-kesemua-giginya-rosak-dan-terpaksa-dicabut/