Langkau ke kandungan utama

Nora Danish Rahsiakan Jantina Anak Keduanya Hingga Saat kelahiran

“Saya dan Nedim sangat tidak sabar dan menghitung hari menunggu kelahirannya. Persiapan untuk bayi sudah dibuat cuma tidak mahu sampai membazir, secara berpada-pada sahaja,” ujar pelakon Nora Danish, 36, yang mengakui teruja.  

Usia kandungan yang sudah memasuki tujuh bulan itu membuatkan Nora dan suaminya, Nedim Nazri menghitung hari dan tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka yang dijangka pada 3 Mac depan.

Dalam pada itu, Nora berkata, dia dijangka melahirkan bayi tersebut secara pembedahan atas faktor keadaan bayi yang besar.

Bagaimanapun, katanya, doktor masih memberi pilihan jika dia mahu melahirkan bayi berkenaan secara normal.

“Doktor kata bayi ini besar berbanding anak pertama saya. Saya mungkin sukar untuk melahirkan secara normal. Tapi doktor masih beri pilihan jika saya mahu melakukannya secara normal,” tuturnya.

Nora yang mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu itu melalui fasa yang bahagia di samping mendapat kasih sayang suami yang sentiasa berada di sisi.

Katanya juga Nedim yang juga mempunyai seorang putera hasil perkahwinan sebelum ini turut menawarkan diri untuk menjaga bayi tersebut jika dia mula kembali aktif menjalani penggambaran.

Sementara itu, Nora memberitahu yang dia belum mahu berkongsi jantina anak yang bakal dilahirkan kepada umum. Katanya, ia adalah kejutan yang akan diberitahu selepas bayi tersebut selamat dilahirkan.

“Saya nak rahsia dahulu, nak beri kejutan kepada peminat. Semua ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sudah tahu.

“Insya-Allah nanti kami umumkan bila tiba masanya. Nama anak juga sudah ada beberapa yang sesuai dan sedang difikirkan,” jelasnya yang bernikah dengan Nedim pada 3 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Sumber



http://www.satkoba.com/berita-hiburan/jantina-anak-kedua-nora-danish-rahsiakan-sampai-kelahiran