Langkau ke kandungan utama

5 Langkah Memaparkan Skrin Smartphone ke Skrin Laptop Menggunakan Teknik Mirroring

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

5 Langkah Memaparkan Skrin Smartphone ke Skrin Laptop Menggunakan Teknik Mirroring. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, saya berkongsi berkaitan langkah-langkah untuk memaparkan paparan yang terdapat pada telefon pintar (smartphone) ke laptop TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG APLIKASI menggunakan Teknik ‘Mirroring’.

Untuk pengetahuan anda, Teknik Mirroring ini sangat mudah, ringkas dan senang untuk diaplikasikan. Murid-murid pun berasa seronok apabila kita menggunakan teknik ini semasa Pembelajaran dan Pemudahcaraan berlangsung. Ia sangat efektif dalam menarik perhatian murid untuk belajar. Saya dah apply dan YA!! Memang berkesan.. Hehe..

BERIKUT MERUPAKAN 5 LANGKAH MELAKUKAN TEKNIK MIRRORING INI :

LANGKAH 1 ; SEDIAKAN TELEFON PINTAR (SMARTPHONE) DAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP) WINDOWS 10 terlebih dahulu. Of course, tanpa 2 device ni, memang tak jadila teknik Mirroring ni.. Hehe

Dalam tutorial ini, saya menggunakan smartphone Samsung Galaxy Note 3 dan Laptop Acer.

LANGKAH 2 : CARI MENU MIRRORING DALAM LAPTOP / PC ANDA. Teknik Mirroring ini hanya boleh dilakukan menggunakan PC/LAPTOP yang menggunakan Sistem Pengoperasian (OS) Windows 10 sahaja. Windows XP sehingga Windows 8.1 tidak mempunyai OPTION MIRORRING INI.

Untuk memudahkan anda mencari option “mirroring” ini, anda hanya perlu menaip CONNECT pada tempat carian anda (Windows Search) seperti gambar di bawah (No. 1). Kemudian, klik atau tekan pada paparan No. 2.

Apabila paparan seperti ditunjukkan pada gambar di bawah terpapar pada skrin laptop anda, option MIRRORRING SUDAH TERSEDIA untuk melakukan sambungan (connection) dengan smartphone anda.

LANGKAH 3 : CARI MENU MIRRORING DALAM SMARTPHONE ANDA. Untuk pengetahuan anda, menu “mirroring” ini terdapat pada semua jenama smartphone, namun berbeza nama sahaja. Berikut merupakan cara mencari menu “mirroring” ini mengikut jenama smartphone seperti berikut :

  1. Telefon Pintar Samsung – screen mirroring / smart view
  2. Telefon Pintar Sony – Mirror Share
  3. Telefon Pintar Apple – Air Play
  4. Telefon Pintar Asus – Play to / MiraCast
  5. Telefon Pintar Huawei – MirrorShare
  6. Telefon Pintar Lenovo – Cast Sreen
  7. Telefon Pintar LG   – miracast
  8. Telefon Pintar Xiaomi – setting > more > wireless display
  9. Telefon Pintar Oppo – setting->other wireless connections->wireless display
  10. Telefon Yes Altitude – Cast Screen
  11. Telefon pintar vivo – wi-fi display
  12. Xiaomi Redmi 4 – Cast
  13. Meizu – Screen Cast

Dalam tutorial ini, saya menggunakan Telefon Pintar Samsung Galaxy Note 3

LANGKAH 4 : TEKAN/KLIK SCREEN MIRRORING SEPERTI GAMBAR DI BAWAH PADA TELEFON PINTAR ANDA.

 

LANGKAH 5 : TEKAN PADA NAMA LAPTOP/PC YANG ANDA HENDAK DISAMBUNGKAN DENGAN SMARTPHONE ANDA.

Tadaaaa… DAH BERJAYA.. Alhamdulillah..  <br> <br> https://www.sistemguruonline.my/2018/01/5-langkah-memaparkan-skrin-smartphone-ke-skrin-laptop-menggunakan-teknik-mirroring.html