Langkau ke kandungan utama

HASIL PERBINCANGAN KUMPULAN SEMASA LATIHAN MENGEMBANGKAN PERENNGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI DAN PERENGGAN PENUTUP BERDASARKAN SOALAN KARANGAN BERPANDU (24/1/2018 -HARI RABU)


HASILAN KARANGAN MENGIKUT TUGASAN KUMPULAN- HASIL KARANGAN INI BELUM DISEMAK DAN DIKUMPULKAN  APABILA MASA DIPERUNTUKKAN UNTUK PELAJAR BERBINCANG TAMAT.

HASIL AKTIVITI KUMPULAN PERTAMA

                RUANGAN ULASAN GURU:-
                Hasilan pengenalan karangan di atas baik cuma pastikan istilah digunakan atau digunapakai sesuai dan berkait dengan peribahasa dan tema karangan yang anda hasilkan. Mohon penjelasan maksud istilah alfarisme yang digunakan dan sumber istilah berkenaan diperoleh.  Selain itu, terdapat kesalahan tatabahasa pada perengan pengenalan iaitu kesalahan penggunaan kata sendi "di"  diatas.....perlu dijarakkan kerana ada unsur ruang dan sepatutnya di atas. Elekkan melakukan kesalahan sama ada ejaan, tatabahasa, dan binaan struktur ayat pada perenggan pengenalan kerana kesalahan anda lakukan akan memberi kesan kepada impresion pemeriksa.



HASIL AKTIVITI KUMPULAN KEDUA

                RUANGAN ULASAN GURU:-
                Hasilan isi karangan di atas baik, cuma berhati-hati dengan binaan ayat anda terutama ketika mengaitkan ayat atau huraian isi dengan peribahasa. Pastikan, kaitannya jelas, agar pertautan antara frasa dalam ayat harmoni. Selain itu, pastikan usur KBAT, jelas dengan penggunaan penanda wacana , " Sekiranya" amalan bergotong royong menjadi budaya masyarakat setempat sudah pasti   masyarakat....................... Selain itu, penggunaan kata pemeri "adalah dan ialah " jika digugurkan tidak akan merosakkan binaan ayat, contoh Jelaslah bahawa amalan bergotong royong dapat melahirkan sikap prihatin dan bertolak ansur dalam kalangan masyarakat. Sebagai makluman, penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak digalakkan dalam binaan ayat.




                                       HASIL AKTIVITI KUMPULAN KETIGA

                RUANGAN ULASAN GURU:-
           Hasilan perenggan isi karangan kumpulan di atas  perlu diperbaik, terutama binaan ayat. Contohnya ayat pertama, sepatutnya pelajar membina ayat yang lebih mantap seperti  " Di samping itu, amalan bergotong royong dapat melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana apabila aktiviti bergotong royong menjadi amalan masyarakat setempat, masyarakat akan saling membantu melakukan aktiviti kemasyarakatan dan sudah pasti amalan kerjasasama ini akan mengeratkan hubungan  silaturahim antara kalangan ahli masyaraka setempat. Selain itu, pastikan frasa menarik tepat penggunaannya terutama di bahagian penutup karangan, " Sudah terang lagi bersuluh, usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat perlu disemai setiap masa agar amalan berkenaan tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. 
                Pastikan tulisan anda baik dan tidak menyukarkan pemeriksa semasa membaca  dan memeriksa karangan anda. Belajarlah menghasilkan tulisan yang baik dan menarik dari sekarang kerana tulisan juga boleh mengganggu kosentrasi pemeriksan, kesannya pemeriksan tidak akan tenang memeriksa karangan seperti di atas.
                  


HASIL AKTIVITI KUMPULAN KEEMPAT



              RUANGAN ULASAN GURU:-
              Mantapkan binaan ayat, contohnya ayat di permulaan perenggan , " Akhir sekali, amalan bergotong royong perlu menjadi amalan masyarakat setempat agar persekitaran kampung, atau taman akan sentiasa kondusif.  ......akan meningkatkan kebersihan sesuatu persekitaran terlampau umum. Selain itu, ayat contoh tidak mantap dan kumpulan ini tidak menyenaraikan contoh aktiviti bergotong royong yang boleh dijalankan dalam kalangan masyarakat setempat seperti membersikan tepi jalan.masuk ke taman perumahan atau kampung, membersihkan longkang tersumbat, dan lain-lain lagi. Selain itu, pastikan kepanjangan setiap perenggan seimbang, justeru aplikasi kaedah Jadual Pengembangan Idea Perenggan dan sedapat mungkin tulis setiap ayat yang dicadangkan secara langsung karangan anda akan seimbang kepanjangannya.

           Perenggan penutup, baik. Jika boleh kaitkan kepentingan bergotong royong dalam mewujudkan suasana harmoni masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan sudah pasti perpaduan antara masyarakat dapat dipereratkan lagi agar masyarakat dunia kagum keakraban hubungan antara masyarakat berbilang bangsa di negara kita.

                  Selain itu, saya telah mengedarkan penanda wacana, dan frasa menarik yang boleh digunakan semasa mengarang pada setiap perenggan sama ada perenggan pengenalan, perenggan isi pertama, perenggan isi kedua, dan seterusnya, juga pada perenggan penutup Begitu juga, cara untuk menggunakan frasa untuk mengaitkan ayat atau frasa dengan peribahasa. Gunakanlah bahan-bahan berkenaan semasa mengarang. Kemahiran mengarang bukan boleh dibaca tetapi perlu diaplikasi, dan bukan sahaja semasa latihan di dalam kelas dan pelajar digalakkan menulis karangan sebagai latihan kendiri dan menyerahkan latihan berkenaan untuk disemak oleh guru.

              Ulasan dan komen saya di atas merupakan cadangan, dan pelajar boleh dan bebas membina ayat yang lebih kreatif untuk menghasilkan karangan cemerlang. Harap maklum.



TAHNIAH KEPADA SETIAP KUMPULAN PERBINCANGAN KERANA DAPAT
MENYIAPKAN BAHAN SEPANJANG PERBINCANGAN  WALAUPUN SAYA DAPATI ADA KUMPULAN YANG TIDAK CUKUP MASA SEMASA  SEMASA AKTIVITI PERBINCANGAN DIJALANKAN. SAYA AKAN MENYERAHKAN SEMULA HASILAN KARANGAN KUMPULAN, DAN PERBAIKI KARANGAN HASILAN KUMPULAN ANDA SEMULA DAN SERAHKAN SEMULA UNTUK SEMAKAN SETERUSNYA.


http://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2018/01/hasil-perbincangan-kumpulan.html