Langkau ke kandungan utama

Himpunan Buku Bacaan Bahasa Melayu Bersiri

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

Himpunan Buku Bacaan Bahasa Melayu Bersiri. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan himpunan buku Bahasa Melayu bersiri untuk dimuat turun.

Umum sedia maklum, ketidakupayaan membaca merupakan kelemahan murid pemulihan khas. Salah satu usaha bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menyediakan bahan bacaan secara berperingkat yang bersesuaian dengan tahap murid pemulihan khas.

Ia dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan pengalaman murid. Perkataan-perkataan baharu yang diperkenalkan berkonsepkan bunyi-bunyi suku kata. Setiap perkataan diwarnakan berdasarkan bunyi suku kata untuk memudahkan bacaan selain dapat menarik minat murid .

Isi kandungan buku ini berasaskan kepada beberapa tema yang dipilih mengikut kesesuaian . Buku ini mempunyai dua siri iaitu :

SIRI 1 :

  • Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk
  • Memuatkan kemahiran 5 – 15
  • Suku kata berwarna
  • Kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri murid untuk membaca sendiri.

SIRI 2 :

  • Mengandungi 10 siri buku.
  • Bermula kemahiran 16- 32
  • Suku kata tidak berwarna

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan preview buku siri bacaan Bahasa Melayu ini :

Preview salah satu daripada Buku Siri Bacaan (Siri 1)

Dapatkan “Himpunan Buku Siri Bacaan” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

SIRI 1

  1. Buku 1- Sara dan Sani
  2. Buku 2- Hobi
  3. Buku 3- Keluarga
  4. Buku 4- Kawan
  5. Buku 5- Tempat Tinggal
  6. Buku 6- Haiwan Peliharaan