Langkau ke kandungan utama

Koleksi Bahan Bahan Persediaan UPSR 2018 untuk 6 Kertas Peperiksaan

Koleksi Bahan Bahan Persediaan UPSR 2018 untuk 6 Kertas Peperiksaan

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah) merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.

UPSR diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon. Pada tahun yang sama, subjek Sains telah diperkenalkan dalam kertas peperiksaan UPSR, juga melibatkan amali Sains.

Pada tahun 2016, kertas Bahasa Inggeris dipecahkan kepada 2 kertas berasingan, iaitu kertas Pemahaman (terdapat 2 bahagian, Section A (objektif) dan B (subjektif)) dan kertas Penulisan. Calon yang mengambil UPSR pada 2016 ialah kohort murid pertama yang mengaplikasi KSSR dan juga sistem PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah).

Mulai 2016 juga, soalan-soalan dalam kertas UPSR mempunyai elemen KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)/HOTS (High Order Thinking Skills) yang melibatkan soalan berbentuk subjektif untuk kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman (Bahagian B), juga untuk kertas Bahasa Inggeris Pemahaman (Section B). Hal ini menjadikan keputusan lulus penuh UPSR ialah 4A/6A (tambahan 2 kertas Pemahaman dan Penulisan untuk sekolah SJKC dan SJKT) (1988-2001), 5A/7A (2001-2015), dan 6A/8A (2016).

Dalam menghadapi peperiksaan UPSR ini, para guru dan calon UPSR hendaklah bersedia dan menyiapkan diri dengan pelbagai latihan, buku rujukan dan teknik teknik terkini menjawab kertas peperiksaan.

UPSR bukanlah penamat untuk segala-galanya. Tidak semestinya murid-murid yang gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu tidak akan berjaya dalam peperiksaan awam akan datang. Gagal mendapat gred terbaik bukanlah sesuatu yang paling teruk dalam kehidupan. Jadikan kegagalan ini sebagai penguat semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Pada tahun seterusnya, murid-murid tersebut akan ke sekolah menengah dan di peringkat itu setiap daripada mereka dituntut supaya membuat persediaan rapi kerana sukatan pelajaran untuk peperiksaan PT3 lebih mencabar.

Berikut merupakan bahan bahan persediaan awal tahun UPSR 2018.

Koleksi Bahan Bahasa Melayu UPSR

Koleksi Bahan Bahasa Inggeris UPSR

Koleksi Bahan Matematik UPSR

Koleksi Bahan Sains UPSR

In sha Allah berguna kepada rakan guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Koleksi Bahan Bahan Persediaan UPSR 2018 untuk 6 Kertas Peperiksaan appeared first on Sumber Pendidikan.



https://sumberpendidikan.com/2018/01/30/koleksi-bahan-bahan-persediaan-upsr-2018-6-kertas-peperiksaan/