Langkau ke kandungan utama

BuDiSeSa 5 - Buku Teks Digital Bahasa Melayu (SK) Tahun 5 Aspek Seni Bahasa (Nyanyian) - Inovasi Digital dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)



BuDiSeSa 5 merupakan akronim kepada Buku Teks Digital Seni Bahasa Tahun 5. Ini merupakan inovasi digital yang dibangunkan untuk membantu guru dan murid dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu (SK) Tahun 5 khususnya dalam aspek seni bahasa iaitu nyanyian.

“BuDiSeSa 5” ini dibangunkan untuk dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar / Bahan Bantu Belajar yang utama dalam pembelajaran aspek seni bahasa (nyanyian) kerana ia memuatkan lagu berbentuk audio dan video yang lengkap yang terdapat dalam Buku Teks KSSR Bahasa Melayu (SK) Tahun 5.

Inovasi ini mampu membantu guru dan murid dalam pembelajaran seni bahasa (nyanyian) kerana mempunyai audio yang lengkap dan tutorial untuk menyanyi dan mengikuti irama lagu yang telah ditetapkan dengan terbaik kerana mempunyai dua versi iaitu versi dengan suara dan tanpa suara yang terdiri daripada audio dan video.

OBJEKTIF INOVASI INI DIHASILKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

  1. Menjadi Bahan Bantu Mengajar / Bahan Bantu Belajar yang lengkap bagi guru dan murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu aspek seni bahasa – nyanyian.
  2. Membolehkan murid mengetahui dan mampu menyanyikan lagu berdasarkan irama lagu yang terdapat dalam Buku Tek Bahasa Melayu (SK) Tahun 5.
  3. Menyediakan buku teks berbentuk digital yang tidak memerlukan sambungan Internet – penggunaan secara luar talian (offline).
  4. Menarik minat murid dalam PdPc Bahasa Melayu aspek seni bahasa – nyanyian melalui Ilustrasi yang menarik dan resolusi serta multimedia yang berkualiti tinggi.
FAEDAH ATAU KELEBIHAN INOVASI "BuDiSeSa 5"


  1. Sumber Bahan Bantu Mengajar yang lengkap bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu aspek seni bahasa – nyanyian.
  2. Membolehkan murid mengetahui dan mampu menyanyikan lagu berdasarkan irama lagu yang terdapat dalam Buku Tek Bahasa Melayu (SK) Tahun 5.
  3. Tidak memerlukan sambungan Internet – penggunaan secara luar talian (offline).
  4. Ilustrasi yang menarik dan resolusi yang berkualiti tinggi – sesuai untuk menarik minat murid.
PAPARAN DALAM BuDiSeSa 5 :
(Sila klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas)
























BROSUR INOVASI DIGITAL "BuDiSeSa 5"



PAUTAN MUAT TURUN 
INOVASI DIGITAL 
"BuDiSeSa 5"


Sebarang cadangan/komen/penambahbaikan boleh dilakukan dengan memberikan maklum balas anda pada ruangan komen di bawah.
Terima kasih



http://www.cikgusuhaimin.com/2018/03/budisesa-5-buku-teks-digital-bahasa.html