Langkau ke kandungan utama

Gangguan Capaian Portal KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini memaklumkan di Facebook rasminya bahawa pada jam 5.00 petang ini akan berlaku gangguan capaian Portal KPM.

Gangguan ini akan berlaku di seluruh negara berikutan kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dilakukan pada waktu berikut:

Tarikh Mula: 30 Mac 2018 / 5.00 Petang

Tarikh Tamat: 30 Mac 2018  / 7.00 Malam

Sehubungan dengan itu semua kerja-kerja mengemaskini laman web perlu dihentikan buat sementara waktu.

Beberapa hari lepas kebanyakan guru meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan capaian untuk membuka laman web SAPS bagi mendaftar dan mengisi markah peperiksaan murid.

Diharapkan selepas penyelenggaran ini, proses pengisian markah murid dapat berjalan dengan lancar.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Data KPM di 03-88843005 atau emel di portal@moe.gov.my

The post Gangguan Capaian Portal KPM appeared first on Pendidik2u.



https://www.pendidik2u.my/gangguan-capaian-portal-kpm/