Langkau ke kandungan utama

HASILAN KARANGAN BERPANDU PELAJAR, TUGASAN , NILAI TANGGUNGJAWAB , NILAI KEPUASAN, SERTA AMANAH

Alhamdulillah, pada hari ini saya sempat berbincang dan berkongsi  pendapat berkaitan hasilan karangan yang telah dihasilkan oleh pelajar pelajar setelah saya meminta pelajar menghasilkan karangan berpandu semalam bertajuk Sektor Pelancongan sepanjang Proses Pengajaran dan Pembelajaran pada hari ini. Walaupun sesi PdPC hari ini santai kerana pertama saya perlu menghadiri mesyuarat Ketua Panitia Daerah selepas PdPC pada hari ini, dan kedua pada masa yang sama saya perlu menyiap dan menghantar Laporan  Post Mortem Keputusan SPM 2017 kepada Penolong Kanan Pentadbiran kerana tarikh akhir penghantaran Post Mortem berkenaan pada hari ini.

          Fokus dan objektif  utama saya, untuk mendengar pembentangan hasil kerja beberapa  pelajar dan pada masa yang sama saya meminta pelajar  lain menilai kaedah pengembangan idea perenggan pengenalan, perenggan isi, dan perenggan penutup karangan berpandu yang telah diberikan kepada pelajar semalam. Saya juga mengingatkan semula kriteria penghasilan perenggan pengenalan, perenggan isi, serta perenggan penutup menggunakan Jadual Pengembangan Idea Perenggan cemerlang agar pelajar dapat membuat penilaian hasil pembentangan rakan sebaya.

      Pada masa yang sama, saya cuba menilai erti nilai tanggungjawab, nilai kreativiti, nilai amanah, nilai kepuasan, nilai KBAT  hasil kerja buat pelajar. Di samping itu, pada masa yang sama dengan pelajar lain menilai kerja buat karangan rakan mereka, saya menyelitkan sikap pelajar, sama ada mereka menghasilkan karangan berkenaan sama ada nilai positif yang telah saya gariskan di atas atau pelajar menghasilkan karangan berkenaan hanya bersifat seperti melepaskan batuk di tangga.

       Selain itu, memang saya mengharapkan pelajar mendengar kreativiti rakan-rakan mereka semasa membacakan hasilan perenggan demi perenggan untuk melihat sama ada mereka merujuk internet atau bahan bacaan tambahan semasa mereka menghasilkan karangan, dan pada masa yang sama saya bertanya sama ada pelajar membuka blog Laman Bahasa Melayu kerana saya telah berkesempatan menyelitkan contoh karangan berpandu tersebut sebagai panduan. Pada masa yang sama saya turut mengesan sama ada pelajar menyalin karangan berkenaan bulat-bulat atau atas nilai bertanggungjawap.

      Hasil perbincanga pada hari ini, seramai enam orang pelajar telah menghantar buku kerja mereka sedangkan pelajar lain, meminta untuk mereka membuat penambahbaikan hasil karangan mereka. Sepanjang pembentangan hasil kerja berkenaan, saya telah memilih beberapa orang pelajar dan mereka terdiri daripada pelajar aneka kebolehan, pelajar cemerlang, pelajar sederhana, dan pelajar yang sering memberi pelbagai alasan apabila saat penghantaran hasilan kerja mereka. Pada masa yang sama saya mencatat jadual penghantaran kerja sebagai analisa. Pada hari ini, dua pelajar cemerlang terlibat pertandingan Pantun daerah dan mereka tidak hadir semasa sesi pembentangan.

     Hasilnya, saya paparkan hasilan kerja pelajar cemerlang pembentangan karangan berpandu dijalankan pada hari ini.





MOHON PELAJAR KELAS 5 SAINS, KELAS 4K1 DAN 4K2
MENYALIN KARANGAN CEMERLANG DI ATAS SEBAGAI
PROGRAM MENYALIN KARANGAN CEMERLANG.


https://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2018/03/hasilan-karangan-berpandu-pelajar.html