Langkau ke kandungan utama

Pengisian SEGAK Mac 2018 kini dibuka hingga Jun 2018

Pengisian SEGAK Mac 2018 kini dibuka hingga Jun 2018

Program penilaian  Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan  ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Menengah

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari.  Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.

“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu “Naik turun bangku”, “Tekan tubi”, “Ringkuk Tubi Separa” dan “Jangkauan Melunjur”

Berikut merupakan ketetapan pelaksanaan ujian Segak di peringkat sekolah.
  1. Ujian SEGAK ditadbir oleh guru Pendidikan Jasmani dua kali setahun.
  2. Ujian ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah.
  3. Ujian SEGAK dilaksanakan sejurus selepas BMI dijalankan.
  4. Keempat-empat aktiviti SEGAK hendaklah dilaksanakan pada hari yang sama.
  5. Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani menggunakan borang Rekod SEGAK seperti dilampiran A mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
  6. Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam Sistem Pengurusan Sekolah mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
  7. Pelaporan ujian SEGAK dicetak oleh Guru Pendidikan Jasmani dari aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah.

Bagi sesi segak mac 2018 ini, ujian Segak bagi segak Mac 2018 boleh diisi di portal PAJSK bermula 29 Mac 2018 hingga 30 Jun 2018. Pautan bagi pengisian Segak boleh diperolehi di bawah.

Pauntan Segak 2018

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Pengisian SEGAK Mac 2018 kini dibuka hingga Jun 2018 appeared first on Sumber Pendidikan.



https://sumberpendidikan.com/2018/03/30/pengisian-segak-mac-2018-kini-dibuka-hingga-jun-2018/