Langkau ke kandungan utama

Seru Emoji - Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)



Inovasi Seru Emoji ini merupakan inovasi yang dihasilkan untuk menerangkan konsep dan penggunaan kata seru yang terdapat dalam buku teks Bahasa Malaysia KSSR Tahun 3 berbantukan kad emoji dalam bentuk digital dengan mengintegrasikan elemen teks, visual dan audio. 

Selain itu, inovasi ini juga dilengkapi dengan latihan interaktif berkaitan penggunaan kata seru ajak bagi meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap konteks penggunaan kata seru yang telah dipelajari. Penerangkan konsep dan latihan interaktif tentang kata seru akan digabungkan menjadi satu aplikasi menggunakan perisisan Microsoft Office Powerpoint dan Quizziz. Menerusi aplikasi tersebut, murid akan dapat belajar konsep dan fungsi kata seru menggunakan bahan pembelajaran elektronik. 

Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012), pembelajaran elektronik ialah satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan kebolehcapaian dan keberkesanan pembelajaran. Menerusi pengaplikasian pembelajaran dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan minat dan tahap penguasaan murid dalam pembelajaran dapat ditingkatkan.



http://www.cikgusuhaimin.com/2018/03/seru-emoji-inovasi-digital-dalam.html