KUALA LUMPUR - Bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan satu polisi baru berkenaan penetapan had jangka hayat sesebuah kenderaan.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, cadangan mengenai polisi baru itu yang turut mengandungi cadangan pemberian insentif bagi menukar kenderaan lama kepada baharu kini berada di peringkat akhir kajian dan akan dihantar kepada kabinet tidak lama lagi.
Kredit: MyNewsHub
"Ia kini berada di peringkat terakhir dan kertas cadangan akan dihantar kepada Kabinet untuk mendapat kelulusan sebelum dibentangkan di Parlimen," ujar Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Kita tidak meletakkan jangkaan tempoh untuk melaksanakan polisi ini kerana kita tahu ia membabitkan pelbagai perkara selain perlu meminda undang-undang pengangkutan terutamanya Akta Pengangkutan Jalan 1987".
Kredit: Fooyoh
Tambah Liow lagi, sekiranya polisi tersebut diluluskan, Kementerian Pengangkutan akan menentukan tempoh bagi jangka hayat sesebuah kenderaan. Selain itu, pemberian insentif juga akan diberikan kepada pemilik kenderaan yang mahu menamatkan jangka hayat kenderaan masing-masing atau diskaun bagi mendapatkan kenderaan baharu.
"Kita mungkin beri rebat atau wang tunai kepada mereka yang bersedia melakukan penamatan itu. Ia merupakan antara cara terbaik untuk mengurangkan jumlah kenderaan lama di atas jalan raya," kata Liow.
Banyak aduan berkenaan masalah kenderaan terbengkalai diterima daripada pelbagai jabatan dan agensi. Malah, mereka turut meminta agar polisi berkenaan segera dilaksanakan.
Dilaporkan masalah kenderaan terbengkalai ini menyebabkan ia menjadi kawasan takungan dan punca kepada penyakit denggi.
Tambah Liow selepas merasmikan Konvensyen MCA Perak 2017 di Ipoh, 29 Oktober lalu, "Kita memahami kebimbangan rakyat kerana semakin berusia sesebuah kenderaan, semakin banyak isu atau masalah yang timbul".
Liow turut menyebut mengenai kemalangan tragis berdekatan plaza tol Pulau Pinang pada 24 Oktober lalu serta meragut lapan nyawa melibatkan dua buah bas di mana bas yang pertama berusia 32 tahun mengalami kerosakan sebelum dilanggar oleh sebuah lagi bas berusia 10 tahun.
"Kedua-dua bas telah lulus ujian Puspakom pada September namun kami tidak pasti sama ada kerosakan tersebut timbul selepas ujian dijalankan".
Kredit: Fire and Rescue Department / NST
Era Baru
The post Kementerian Pengangkutan bakal laksanakan polisi baru – Hadkan jangka hayat kenderaan di jalan raya appeared first on Era Baru Malaysia.
http://www.erabaru.com.my/2017/10/31/kementerian-pengangkutan-bakal-laksanakan-polisi-baru-hadkan-jangka-hayat-kenderaan-di-jalan-raya/