Assalamualaikum. Pada kali ini, saya berkongsi berkaitan cara atau langkah-langkah membuat gambar atau grafik dengan hanya MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT SAHAJA. Siapa kata nak buat grafik yang cantik-cantik kena guna Adobe Photoshop atau aplikasi yang lain? Hhahha. Microsoft Powerpoint bukan sahaja aplikasi yang mudah untuk dikendali, malah, ia juga "ringan" dan tak seberat "Adobe Photoshop". Hehe
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan 8 LANGKAH MEMBUAT GAMBAR ATAU GRAFIK MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT :
LANGKAH 1 : BUKA ATAU "RUN" MICROSOFT OFFICE terlebih dahulu. Versi Microsoft Office yang saya gunakan ialah Microsoft Office 2013.
LANGKAH 2 : BUAT MACAM BIASA - maksud saya, buat macam anda buat slaid, tapi mengikut keinginan anda sendiri sama ada anda ingin menulis teks terlebih dahulu atau memasukkan gambar. Dalam kes ini, saya memasukkan teks terlebih dahulu.
Pilih dan gunakan jenis tulisan (FONT) yang sesuai mengikut keinginan anda.
LANGKAH 3 : MASUKKAN GAMBAR ke dalam powerpoint anda. Saya syorkan, anda menggunakan gambar yang tak ada latar belakang (transparent background) - selalunya dia berformatkan PNG, macam gambar Upin di bawah.
LANGKAH 4 : Sekiranya, anda berpuas hati dengan grafik yang anda hasilkan, anda boleh terus pergi ke LANGKAH 6. Tapi, saya tak berpuas hati lagi dengan grafik yang saya hasilkan sebab nampak masih "kosong" dan tak "ceria" macam saya. Hehe, so, saya pergi cari gambar yang lain untuk menjadi background picture bagi slaid ini. Cari sahaja kat Google A.K.A Mr. Google.. Hehe
Dalam kes ini, saya memilih gambar di bawah untuk dijadikan sebagai background picture. Download dan simpan gambar tersebut di tempat yang anda mudah capai - macam letak kat Desktop jak. Hehe.
LANGKAH 5 : Tekan kekunci kanan (right-click) dan pilih option "FORMAT BACKGROUND" seperti gambar di bawah :
Tekan "PICTURE OR TEXTURE FILL". Kemudian, tekan "FILE" seperti gambar di bawah " dan masukkan gambar yang anda inginkan.
Ni la background tadi. Tada !!!
LANGKAH 6 : LANGKAH TERAKHIR, iaitu untuk menyimpan slaid powepoint ini dalam bentuk GAMBAR (.JPEG/.PNG/.BMP dsb). Tekan "FILE" seperti gambar di bawah :
LANGKAH 7 : Tekan option "SAVE AS" kemudian pilih lokasi yang anda inginkan untuk menyimpan gambar ini. Kat desktop jak la - senang jumpa nanti. Hehe.
LANGKAH 8 : Tekan option format gambar yang anda inginkan. Dalam kes ini, saya memilih format gambar .JPEG dan tekan "SAVE" seperti gambar di bawah :
"Pop-outseperti gambar di bawah akan terpapar dan tekan/klik antara ALL SLIDES atau JUST THIS ONE. Option "ALL SLIDES" akan menyimpan semua slaid yang terdapat dalam powerpoint dalam bentuk GAMBAR manakala option "JUST THIS ONE" hanya menyimpan satu gambar sahaja iaitu slaid semasa (current slide).
Dalam kes ini, saya memilih option "JUST THIS ONE" sebab saya hanya hasilkan gambar / grafik sahaja. DAH SIAP.. ALHAMDULILLAH.
Sekarang, pergi ke lokasi gambar yang anda simpan adan TADAAA !! Cantik kan? Hhahhahaha.
Harap dalam membantu. Sebarang pertanyaan, anda boleh kemukakan dalam ruangan komen di bawah. Terima kasih.
JOM JOIN TELEGRAM CHANNEL DAN GROUP SAYA DI URL BERIKUT
http://www.cikgusuhaimin.com/2017/12/8-langkah-membuat-gambar-atau-grafik.html
http://www.cikgusuhaimin.com/2017/12/8-langkah-membuat-gambar-atau-grafik.html