Keadaan suhu bilik yang ideal di dalam rumah-rumah di luar negara semasa musim sejuk, lain tempat lain caranya!
Setiap orang punya suhu ideal tersendiri; sesetengah orang suka akan suhu yang sejuk dan ada juga suka tinggal dalam suhu yang lebih hangat. Walau bagaimanapun, pakar mempunyai saranan suhu tertentu untuk rumah. Sebagai contoh, mereka mengatakan bahawa suhu ideal untuk ruang tamu ialah 68-73 ° F, 64-66 ° F untuk dapur, 63-68 ° F untuk bilik tidur, 60-66 ° F untuk bilik mandi, dan 59- 64 ° F untuk dewan.
Great Britain - 59 ° F
Orang Inggeris tidak takut sejuk dan lebih suka menjimat wang. Rumah mereka dipanaskan dengan pemanas gas, yang berfungsi dengan cekap dengan bayaran bil utiliti yang lebih rendah. Suhu purata di ruang tamu rumah di Briatin ialah 59 ° F manakala suhu purata bilik mandi adalah 50 ° F.
Perancis - 62 ° F
Di Perancis keadaannya sama seperti di UK. Kebanyakan rumah mempunyai sistem pemanasan sendiri. Bagi mereka yang tinggal di blok pangsapuri, apabila suhu mulai sejuk di luar, pihak pengurusan akan menghidupkan pemanasan untuk keseluruhan bangunan.
Jepun - 50 ° F
Walaupun musim sejuk yang agak sejuk dengan suhu yang boleh mencapai bawah 30 ° F, tiada sistem pemanasan pusat di Jepun. Itulah sebabnya, apabila musim sejuk tiba, orang Jepun akan mengeluarkan penghawa dingin, radiator, pemanas minyak, permaidani elektrik, selimut elektrik, dan kotatsu (meja pemanas Jepun) dari almari mereka.
Sepanyol - 64 ° F
Mereka mempunyai sistem pemanasan pusat di Sepanyol tetapi tidak secara menyeluruh. Mereka yang tinggal di blok pangsapuri boleh menikmati kehangatan hanya antara jam 7 pagi dan pukul 10 malam (apabila orang biasanya kembali dari kerja). Selebihnya, mereka perlu menggunakan radiator elektrik dan meja yang dipanaskan.
Romania - 68 ° F
Terdapat sistem pemanasan pusat di Romania yang berfungsi menggunakan gas. Bagaimanapun, disebabkan banyak kebocoran gas berbahaya yang berlaku sekitar tahun 90-an, banyak rumah mempunyai dandang sendiri di ruangan bawah tanah. Dandang berfungsi dengan baik, menyediakan suhu yang sangat selesa di dalam rumah di Romania.
Belanda - 61 ° F
Di Belanda, setiap blok apartmen mempunyai dandang gas yang tersendiri yang boleh memberikan haba kepada setiap unit. Terpulang kepada penghuni bila mereka mahu menghidupkan radiator. Walau bagaimanapun, ia agak mahal. Bil purata bulanan untuk pemanasan boleh mencecah sehingga € 200 (RM 967.62) dan setiap pancuran akan dikenakan bayaran sebanyak 50 sen. Itulah sebabnya orang Belanda lebih suka menetapkan suhu yang agak sejuk dan mereka biasanya hanya memanaskan ruang tamu dan dapur mereka.
Amerika Syarikat - 68 ° F
Di Amerika Syarikat mereka kebanyakannya menggunakan pemanasan gas. Pemilik rumah bertanggungjawab mengenainya dan mereka menghidupkannya apabila majoriti penduduk rumah mahu menghidupkannya.
Igloo (Alaska, Chukotka) - 61 ° F
Rumah salji orang Inuit ini boleh menyimpan suhu sehingga 61 ° F, walaupun dengan suhu di luar boleh mencecah -40 ° F. Untuk mengekalkan kehangatan di dalamnya, mereka meletakkan kulit binatang di lantai dan dinding.
Republik Czech - 65 ° F
Di Republik Czech, terdapat sistem pemanas air utama. Tetapi penduduk tempatan mengatakan bahawa ia tidak berfungsi dengan begitu baik. Itulah sebabnya rakyat Czech lebih suka memasang pam haba atau dandang gas.
Jerman - 63 ° F
Sistem pemanasan Jerman sama seperti yang ada di Belanda. Dandang rumah biasanya terletak di ruang bawah tanah. Rakyat Jerman dengan berhati-hati mengawal kuasa pemanasan supaya mereka tidak menghabiskan wang yang banyak semasa musim sejuk.
Yurt (Kazakhstan, Mongolia) - 68 ° F
Jika yurt dibina mengikut peraturan tradisional dan dipanaskan dengan betul, suhu di dalamnya boleh disimpan dengan mudah antara 68-73 ° F.
Hungary - 66 ° F
Sistem pemanas di Hungary berfungsi menggunakan gas. Purata bil pemanasan bulanan untuk pangsapuri 2 bilik tidur adalah sekitar € 60 (RM290.29). Jika di rumah-rumah lama pula, anda masih boleh menjumpai dapur pembakaran kayu yang digunakan semasa musim sejuk.
Denmark - 65 ° F
Terdapat sistem pemanasan pusat di Denmark, tetapi ia sangat mahal. Ia boleh sehingga € 4,000 (RM19,352.48) setahun. Itulah sebabnya orang Denmark mempunyai pendiangan di rumah mereka dan mereka menggunakan kayu untuk tujuan itu.
Itali - 63 ° F
Keadaan di Itali adalah serupa dengan yang ada di Sepanyol: musim sejuk hangat, tetapi keadaan sangat sejuk di dalam apartmen kerana hampir tidak ada pemanasan pusat. Orang-orang Eropah Selatan ini menggunakan radiator elektrik dan tidur dengan baju tidur yang boleh menghangatkan.
Rusia - 77 ° F
Ia adalah paradoks, tetapi penduduk negara paling sejuk di dunia sangat suka akan kehangatan. Apabila suhu sejuk di luar, ia adalah 'musim panas' di dalam pangsapuri di Rusia. Mereka hanya menggunakan kemeja T dan seluar pendek.
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Era BaruThe post Keadaan suhu bilik yang ideal di dalam rumah-rumah di luar negara semasa musim sejuk, lain tempat lain caranya! appeared first on Era Baru Malaysia.
http://www.erabaru.com.my/2017/12/26/keadaan-suhu-bilik-yang-ideal-di-dalam-rumah-rumah-di-luar-negara-semasa-musim-sejuk-lain-tempat-lain-caranya/