Langkau ke kandungan utama

Pekeliling Cuti Bersalin Terkini Khas Untuk Guru Tahun 2018

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan berhubung kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 telah menetapkan bahawa seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Pegawai juga diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran.

Bagi menjaga kebajikan penjawat awam wanita, Kerajaan telah bersetuju untuk menambah tempoh cuti bersalin bergaji penuh daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatannya.
loading...


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 dengan ini TERBATAL

Muat turun: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2017 : KEMUDAHAN CUTI BERSALIN
PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM







http://www.cikgushare.com/2017/12/pekeliling-cuti-bersalin-terkini-khas.html