19/4/2014.
Jua nya bercerita hari ini mengisahkan pasal kongsi gelap yang sudah lama wujudnya di muka bumi malaysia ini. Sesungguh pun cerita ini di tulis adalah atas pengalaman dan pendapat sendiri yang tidak bergantung kepada mana mana pihak untuk berpendapat.
Oke sudah mukadimah nya.
Seperti mana yang rakyat malaysia tahu. Kongsi gelap malaysia mengikut dasar nya terbahagi kepada dua. Satu menggunakan nama kongsi gelap. Satu lagi menggunakan nama pertubuhan. Biasanya kongsi gelap ni rata rata memang dah di kenali dengan kongsi gelap. seperti 77. 36. 08. 04. Dan lain lain.
Manakala bagi pertubuhan pula menggunakan nama seperti Pekida, pekima, dan lain lain nama yang berdiri atas nama NGO.
Sebelum aku menceritakan dengan lebih panjang pandangan aku pasal kongsi gelap atau pun pertubuhan ini. Ingin aku nyatakan bahawa aku sendiri merupakan Ahli kongsi . Bak kata budak budak nya. Dah potong merah. Zaman putih aku dah berlalu. Sekarang aku naik merah dengan bertitlekan tigerlong. Bukan nak bukak baju ke apa. Cuma nak bagitau yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bukan membuta tuli bergoogle.
Aku bagi bukti ya. Aku tak cakap kosong.
Aku mula kenal kongsi gelap ni daripada aku kecik. Ayah aku merupakan orang kuat sebuah pertubuhan melayu. Tak perlu rasanya aku sebut nama pertubuhan dan nama bapak aku. Umpamanya macam budak kongsi gelap kata. Siapa nama ayah kau tu. Kau simpan nama tu umpama kau gali lubang yang sangat dalam. Dan kau kambus dan takkan sekali sekali korek keluar balik.
Mulanya aku terdedah pada kongsi gelap bila aku dah habis SPM. Member member dan abang abang kawasan mula tarik budak budak untuk masuk geng mereka. Al kisahnya aku pun tertarik untuk masuk sekali dengan geng geng ni. Sebagai budak budak waktu tu. Kongsi gelap ni nampak cool. Nampak power.
Waktu aku nak ditarbiahkan oleh seorang abang ni. Abang ni tanya aku. Apa matlamat aku masuk geng ni?
Dalam otak aku waktu tu. ” Aku nak nampak hebat” . “Nak ada ramai kawan kawan yang boleh back up aku bila aku bergaduh” . “Boleh lepak dengan orang orang yang kaki gaduh” . Tapi waktu nak jawab tu. Aku taktau apa aku nak jawab. Abang tu cakap “Kau nak masuk geng ni. anggaplah kau nak cari kawan. Nak cari member sehidup semati”.
Dan aku terima jawapan tu sebab aku nampak. Kalau aku bergaduh. Aku boleh call abang abang merah. Untuk himpun kan budak budak. Tak ke sehidup semati perangai centu?
So sesudahnya aku dibawak naik putih di satu majlis dalam rumah. Ritual dia macam biasa. Macam macam engkorang dah buat. Kalau engkorang dah berbaju lah.
Sepanjang beberapa tahun aku hidup sebagai budak yang sangat sangat bangga dengan kongsi gelap kerana namanya. Aku terdedah dengan pelbagai situasi. Belasah tu dah kerap sangat. Bergaduh sebab hal ‘buah tangan’ . Tabletalk menyelesaikan masalah dan macam macam lagi situasi. Sampai kan sebab bohsia pun boleh bergaduh. Naif sungguh perangai.
Sampai satu ketika. Aku dah penat sangat dengan benda benda macam ni. Dulu mula mula naik merah. Kalau ada gaduh je. Aku didepan. Aku lah abang. aku lah pahlawan. Sekarang. Kalau bergaduh. Aku jadi malas. Benda remeh yang anak melayu kita gaduhkan. Benda tu boleh settle dengan mulut. Tak rasa perlunya untuk kau settlekan dengan darah.
Pandangan aku : semua pertubuhan dan kongsi gelap ni macam karut. Macam memecah belahkan anak melayu. Kau masuk double seven. tak boleh berkawan dengan budak pekida. Tak boleh nak tabletalk dengan diorang. Ahh. Karut lah semua ni. Perlu ke kau nak letakkan perbezaan antara darjat hanya sebab kau masuk pertubuhan yang berlainan. Katanya geng geng macam ni nak perjuangkan Melayu . Macam matlamat AA, BA , TA. Setakat yang aku hidup ni. Matlamat AA, BA, TA tu sekadar di bibir. Pratikal dia langsung tak ada.
Aku tak mempersoalkan tujuan pertubuhan atau pun pertubuhan itu sendiri. Aku mempersoalkan siapa yang menjadikan perkara ni. Pihak atasan pun. Yang mana memegang gelaran Ayahanda atau pun Paduka, Kalau dah nampak konsep pertubuhan ni memecah belahkan melayu. Kenapa perlu di teruskan lagi? Takkan hanya kerana kau bangga dengan kedudukan kau. Bangga dengan gelaran kau. Kau menolak bahawa pertubuhan macam ni boleh menceraikan melayu tu menjadi puak puak.
Setiap mana pada mereka yang terlibat dalam perkara perkara sebegini. Nak pejam mata ? nak biarkan macam tu ? Aku tahu benda ni saling berkait kait. Contoh nya dengan ahli politik. Benda ni dengan ahli politik memang dah serasi. Aku sendiri pun. Pernah di bertanggungjawabkan untuk menjaga kawasan di mana adun kawasan tu sendiri berhubung untuk aku menjaga kawasan tu. Hehh. Macam lawak. Engkau tu adun. Engkau sendiri yang kena jaga kawasan tu. Kenapa perlu nak dibiarkan aku yang jaga.
Kalau takutkkan penjahat penjahat buat jenayah. Apa guna polis kawasan tu? duduk melangut dalam bilik yang punya hawa dingin. Goyang kaki besarkan perut? Jangan salahkan orang setempat kalau masyarakat disitu memandang sinis kepada polis. Sebab orang atasan sendiri yang memberikan kebenaran untuk buat macam tu. Lawak tau lawak.
Pada yang pertubuhan tu. Ada a few side yang bagi aku menampakkan yang mereka ini betul betul memperjuangkan semangat melayu. Tapi kan. Penggunaan perkataan Fisabillah tu sendiri. Macam tak kena cara. Siangnya memperjuangkan nama Fisabillah. Malam nya kau bergoyang dalam kelab malam. Mana semangat Fisabillah tu? Kalau tak paham sendiri apa itu erti Fisabillah. Tak perlu kau megah megahkan. Kosong semua tu.
Nasihat aku kepada mereka yang nak masuk geng geng macam ni. Tak payah lah. Cukup kau tahu apa yang kau perjuangkan. Dan fight dengan cara yang betul untuk menegakkan apa yang kau perjuangkan. Masuk pertubuhan dengan harapan suara kau didengari. Sudah lah. Usah bermimpi . Mustahil untuk benda tu berlaku melainkan kau memang ada orang dalam untuk bantu kau.
– tamat –
Sumber : Klik Sini
Ini adalah catatan dari blog comradepaan, bukan tulisan KasiGegar. Dan kami tiada kena mengena atau mengenali siapa watak di dalam cerita ini.
http://virality666.com/tempatan/tak-payahla-masuk-geng-geng-kongsi-gelap-ni-tiger-long-kongsi-pengalaman-dalam-dunia-gangster/