Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan inisiatif penubuhan Sekolah Dalam Hospital (SDH) sebagai satu langkah mengatasi keciciran murid yang ketinggalan sesi persekolahan apabila menerima rawatan untuk tempoh yang panjang.
Pengwujudan Sekolah Dalam Hospital sebagai pusat pembelajaran di hospital yang khusus dan berstruktur, berfokus kepada kesediaan dan keupayaan murid bermasalah kesihatan.
Iklan kekosongan bagi pengisian guru di dua (2) buah Sekolah Dalam Hospital telah dikeluarkan pada 22 Disember 2017 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred 41 dan 44 (KUP) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun adalah dipelawa mengisi empat (4) kekosongan jawatan yang terdapat di SDH Tuanku Ja’afar, Seremban bagi guru opsyen Sains dan Bahasa Inggeris dan di SDH Sultanah Aminah, Johor Bahru bagi guru opsyen Sains dan Bahasa Melayu bagi Ketegori Sekolah Rendah dan Menengah.
Pemohon perlu mengemukakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT/PBPPP untuk tiga tahun berturut-turut.
SEKOLAH | OPSYEN |
SDH Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban | Sains (Rendah/ Menengah) |
Bahasa Inggeris (Rendah/ Menengah) |
|
SDH Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Sains (Rendah/ Menengah) |
Bahasa Inggeris (Rendah/ Menengah) |
Antara syarat khusus bagi pemohon perlulah mempunyai kelulusan, pengalaman, atau kemahiran dalam mata pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, sains, Matematik atau Pendidikan Islam) atau Pra sekolah/mengikut keperluan opsyen. Selain itu pemohon perlulah sihat tubuh badan, tidak mempunyai sakit kronik serta tidak mempunyai perasaan takut, alahan dan jijik dengan persekitaran hospital. Sekiranya terpilih, pemohon perlu bersedia berkhidmat di Sekolah Dalam Hospital sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) tahun.
Bagi guru di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, borang permohonan MESTI melalui Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Sementara bagi guru di Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Berasrama Penuh, borang permohonan MESTI melalui Pengarah Bahagian Pengurusan Teknik dan Vokasional (BPTV) / Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemohon yang terdiri dari guru-guru di SMKA dan SABK pula, borang permohonan MESTI melalui Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pelaksanaan Program Sekolah Dalam Hospital sentiasa mendapat perhatian dan kerjasama daripada pihak agensi luar seperti Badan Bukan Kerajaan dan syarikat-syarikat korporat bagi memenuhi tanggungjawab sosial mereka. Sumbangan-sumbangan yang diterima amat bermanfaat untuk merealisasikan perancangan aktiviti-aktiviti dalam program ini.
Objektif penubuhan Sekolah Dalam Hospital adalah untuk menyediakan pendidikan dalam persekitaran yang kondusif secara santai dan didik hibur (fun learning) bagi murid yang sedang dirawat di hospital. Selain itu memberi sokongan dan memberi rangsangan kepada murid untuk meneruskan pembelajaran supaya tidak tercicir dalam pelajaran. Menjadi hasrat Kerajaan memberi peluang yang sama rata kepada kanak-kanak agar mendapat perkhidmatan pendidikan di pelbagai peringkat umur tanpa batasan tempat dan keadaan.
Cara Memohon:
Permohonan hendaklah dilakukan dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh diperolehi di pautan berikut:
Borang Permohonan Guru Sekolah Dalam Hospital
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke:
Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendiidkan Malaysia
Aras 2, Blok E2 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tarikh Tutup Permohonan: 30 Januari 2018
Pada sudut atas kiri sampul surat hendaklah ditulis PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41/ DG44 (KUP).
Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sekiranya calon-calon tidak menerima jawapan dari 3 bulan dari tutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Kepada yang berminat untuk menukar angin, suasana kerja, bolehlah cuba memohon Sekolah Dalam Hospital ini. Jangan lupa juga kongsikan kepada rakan-rakan lain yang berminat.
The post Permohonan Jawatan Guru Sekolah Dalam Hospital appeared first on Pendidik2u.
https://www.pendidik2u.my/guru-sekolah-dalam-hospital/