Hari ini ada ibu mesej. Katanya anak diajar sukar nak ingat. Sudah ajar banyak kali tapi kemudian lupa. Rasa macam nak putus asa katanya. Saya tanya berapa usia anak. Katanya 3 tahun 6 bulan. Diikuti dengan, “Oh, ke muda sangat cikgu?”. Saya senyum walaupun dia tidak nampak. Yalah pakai whatsapps sahaja sembang. Bagaimana mahu nampak. Saya kata, “ Anak bawah 5 tahun ini kita sasarkan boleh sebut bunyi, kenal simbol. Bonus jika anak boleh gabung bunyi lisan.” Saya sambung lagi, “Anak saya berbeza. Angah boleh baca pada usia 3 tahun 2 bulan.” Saya tanya, “Tapi puan tahu berapa lama masa diambil untuk mengajarnya?” Sudah tentulah dia mahu. Ini jawapan saya. “12 bulan. 6 hari seminggu. 5 jam setiap hari.” Dan perbualan kami saya akhiri dengan meminta beliau bersabar dalam mengajar anak. Jika mahu putus asa, ingatlah saya mengambil masa 12 bulan, 6 hari seminggu, 5 jam setiap hari untuk membolehkan anak berusia 3 tahun 2 bulan membaca. Ia dilakukan dengan cara bermain, bergurau dan...