Hari ini ada ibu mesej. Katanya anak diajar sukar nak ingat. Sudah ajar banyak kali tapi kemudian lupa. Rasa macam nak putus asa katanya.
Saya tanya berapa usia anak. Katanya 3 tahun 6 bulan. Diikuti dengan, “Oh, ke muda sangat cikgu?”.
Saya senyum walaupun dia tidak nampak. Yalah pakai whatsapps sahaja sembang. Bagaimana mahu nampak.
Saya kata, “ Anak bawah 5 tahun ini kita sasarkan boleh sebut bunyi, kenal simbol. Bonus jika anak boleh gabung bunyi lisan.”
Saya sambung lagi, “Anak saya berbeza. Angah boleh baca pada usia 3 tahun 2 bulan.”
Saya tanya, “Tapi puan tahu berapa lama masa diambil untuk mengajarnya?”
Sudah tentulah dia mahu. Ini jawapan saya.
“12 bulan. 6 hari seminggu. 5 jam setiap hari.”
Dan perbualan kami saya akhiri dengan meminta beliau bersabar dalam mengajar anak. Jika mahu putus asa, ingatlah saya mengambil masa 12 bulan, 6 hari seminggu, 5 jam setiap hari untuk membolehkan anak berusia 3 tahun 2 bulan membaca.
Ia dilakukan dengan cara bermain, bergurau dan seronok. Penuh dengan aksi berlari, melompat, memanjat dan berguling-guling.
Ia mengambil masa. Perlu dilakukan dengan konsisten dan sistematik.
Tiada latih tubi mahupun air mata darah yang tumpah sepanjang tempoh tersebut.
Semoga bermanfaat.
Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy
https://www.cikguazleen.com/2018/berapa-lama-nak-ajar-anak-membaca/