POLISI JANGKA HAYAT PERLUPUSAN KERETA LAMA DIPERINGKAT AKHIR (KEMENTERIAN PENGANGKUTAN) ANDA SUDAH SEDIA UTK MELUPUSKAN KERETA LAMA ANDA??
Polisi Jangka Hayat Perlupusan Kereta Lama Diperingkat Akhir (Kementerian Pengangkutan) Anda Sudah Sedia Utk Melupuskan Kereta Lama Anda?? Menteri pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan kementeriannya kini dalam peringkat akhir dalam melakukan kajian polisi baharu bagi jangka hayat kenderaan, lapor Bernama. Menurut Liow, kajian berkenaan turut mengandungi cadangan pemberian insentif bagi menukar kenderaan lama kepada baharu dan ia perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen. “Kita tidak letakkan jangkaan tempoh untuk laksanakan polisi ini kerana kita tahu ia membabitkan pelbagai perkara selain perlu meminda undang-undang pengangkutan terutamanya Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Bagaimanapun, kita memahami kebimbangan rakyat kerana semakin ‘berusia’ kenderaan itu, semakin banyak isu atau masalah yang timbul,” jelas Liow kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen MCA Perak 2017. Beliau turut menjelaskan sekiranya polisi itu dilaksana...